Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Kolaboratif Malaysia-Brunei terokai industri halal, digital

ByFebbright James

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan: Malaysia-Brunei bakal menggandakan usaha sama menerokai sektor halal dan digital bagi memperkukuhkan hubungan dagang.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kolaboratif akan dilaksanakan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang bakal dimeterai esok antara Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

“Hasil daripada MoU ini kedua-dua negara akan memfokuskan kepada bidang-bidang yang penting seperti digital ekonomi, minyak dan gas serta pembuatan pintar, bidang Kecerdasan Buatan (AI), pertanian pintar, pelancongan dan industri makanan.

“Dari sudut industri makanan, saya yakin dua negara ini mampu menjadi hab makanan halal khususnya untuk umat Islam. Dengan adanya negara seperti Malaysia dan Brunei, kita dapat menyediakan makanan yang halal untuk seluruh dunia,” katanya kepada TVS hari ini.

Tambahnya, ini akan memberi impak kerana kedua-dua negara berkenaan ekoran sangat dihormati dari segi penyediaan makan halal.

“Ini cadangan awal dari sudut kerjasama MIDA-BIA iaitu untuk menerokai industri halal,” ujarnya.

Zambry, sebelum itu bertemu Menteri Luar Negeri kedua Brunei Datuk Seri Erywan Mohd Yusof semasa pertemuan empat mata, pada isnin yang turut membincangkan beberapa perkara termasuk perundingan pemimpin tahunan (ALC) yang akan datang antara kedua-dua negara di Malaysia.

“Kami membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Melalui ALC, terdapat beberapa pertemuan antara pemimpin dan pegawai kanan kedua-dua negara yang melibatkan pertukaran surat,” ujarnya.

Selain itu, katanya mesyuarat tersebut turut menyentuh hal ehwal ASEAN termasuk pendirian kesatuan serantau mengenai Myanmar.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan Brunei dapat dijadikan negara contoh dalam mengekalkan tradisi dan elemen Islam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan