Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. Foto: Reuters

Biden gesa Kongres segera lulus larangan penggunaan senjata api

WASHINGTON, 24 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata, Kongres mesti meluluskan undang-undang baharu mengenai larangan penggunaan senjata api berbahaya berikutan insiden tembakan baru-baru ini termasuk di Monterey Park, California, lapor Sputnik.

“Hari ini, Senator (Dianne) Feinstein…sekali lagi mengesyorkan Assault Weapons and High-Capacity Magazine Ban di Senat serta undang-undang yang menaikkan had umur untuk membelinya kepada 21 tahun.

“Saya menggesa kedua-dua dewan di Kongres untuk bertindak segera dan secepat mungkin   kemukakannya kepada saya,” kata Biden dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ketika menandatangani Bipartisan Safer Communities Act pada musim panas lalu, Biden berkata, masih ada perkara yang perlu dilakukan untuk menjauhkan senjata api berbahaya daripada dimiliki oleh orang yang berbahaya.

“Dalam masa yang singkat sahaja masyarakat di seluruh Amerika telah dilanda tragedi demi tragedi, termasuk kejadian tembakan besar-besaran di Colorado Springs dan Monterey Park…,” kata beliau.

Pada Sabtu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab tarian di Monterey Park yang mengorbankan 11 nyawa serta mencederakan sembilan yang lain.

Sementara itu, polis di Half Moon Bay, California, di selatan San Francisco berkata, seorang suspek ditahan susulan laporan empat ditemukan maut dalam dua kejadian tembakan pada Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan