Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
metmalaysia logo

Gempa bumi sederhana melanda Utara Laut Maluku, Indonesia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72 km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan yang sama pada 18 Januari.

Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163 km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67 km. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan