Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing
Datuk Seri Tiong King Sing

MOTAC saran petugas imigresen KLIA ditambah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyarankan supaya jumlah petugas di kaunter imigresen ditambah, selain memperluaskan penggunaan sistem pengecaman wajah bagi meningkatkan kecekapan prosedur pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama berikutan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.

“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu Tiong meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati pelancong  terpaksa beratur panjang malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan imigresen.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan imigresen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan