Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran SUPP di sini hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Bersatu bangunkan ekonomi negara – Fadillah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Jan: Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dan bersama -sama membangunkan ekonomi negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, urusan membantu rakyat akan lebih mudah dijalankan sekiranya kerenah politik dikurangkan.

“Bila kita bersatu padu, (akan) dapat fokus kepada perancangan untuk membangunkan negara lebih-lebih lagi pada sudut ekonomi.Kurangkan berpolitik, lebihkan bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Ruziah Mohd.

Mengambil contoh sambutan Tahun Baharu Cina, Fadillah berkata, semangat perpaduan yang diamalkan oleh rakyat Sarawak dalam meraikan perayaan ini tanpa mengira kaum, agama dan bangsa menjadi satu tunjang kemakmuran negara.

Katanya, nilai tersebut penting dalam menuju ke satu destinasi baharu iaitu kecemerlangan negara.

“Atas semangat perpaduan dan kebersamaan, budaya meraikan perayaan kaum lain menjadi satu kekuatan yang telah dibina.

“Kita bersama membina Sarawak menjadi lebih kuat dan seterusnya negara yang makmur,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan