Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tayangan skrin besar Piala Dunia Hoki 2023, Malaysia menentang Sepanyol. Foto: FB Hannah Yeoh

Aksi hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol ditayang di dua skrin besar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Peminat sukan hoki negara berpeluang untuk menyaksikan aksi skuad The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan Crossover Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan ditayangkan di dua lokasi skrin besar pada pukul 6.45 petang ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

“Yang tak balik kampung, dua lokasi skrin besar disediakan untuk saksikan pasukan hoki kita bermain dalam Hoki Piala Dunia 2023.

“Untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka. Jom!,” kata Yeoh menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun beramai-ramai memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki negara.

Skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang dengan membenam New Zealand 3-2 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.

Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan