Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liu Thian Leong (tiga dari kiri) meraikan malam makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarganya di kediamannya di sini, pada Sabtu malam. Foto: Cheryl Toh (TVS)

Tradisi makan besar malam Tahun Baharu Cina terus dipelihara

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 Jan: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga.

Jamuan makan yang diadakan pada malam sebelum sambutan perayaan itu bukan sahaja kaya dengan nilai dan simboliknya, malah ia juga turut membantu dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tinjauan TVS di salah sebuah kediaman masyarakat Tionghua di sini malam tadi mendapati tradisi itu terus dipelihara dan diraikan dengan penuh kemeriahan.

Liu Thian Leong (tiga dari kiri) meraikan malam makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarganya di kediamannya di sini, pada Sabtu malam. Foto: TVS

Menurut Liu Thian Leong, tradisi tersebut sangat ditekankan dalam masyarakat Cina kerana ia memberi simbol permulaan yang baik untuk tahun yang mendatang, selain memberi peluang kepada seluruh keluarga merapatkan hubungan dan saling bertanya khabar.

“Ini memang tradisi kita dan penting bagi anak-anak untuk balik ke rumah bersama dengan ibu bapa bagi meraikannya.

“Pada malam makan besar, ada pelbagai hidangan disajikan antaranya kuih bakul, yee sang, sayur, daging dan makanan wajib ialah ikan kerana juadah itu membawa makna yang baik kepada masyarakat Cina,” katanya ketika ditemui TVS di kediamannya di sini, pada Sabtu malam.

Antara juadah istimewa makan besar Tahun Baharu Cina. Foto: TVS

Ahli perniagaan berusia 68 tahun itu berkata, hidangan seperti itu adalah istimewa dan tidak selalu dihidangkan pada hari biasa.

Selain itu, Liew menambah, malam sambutan Tahun Baharu Cina turut menyaksikan pelbagai aktiviti lain dilakukan bagi memeriahkan malam berkenaan, antaranya berdoa bersama ahli keluarga serta membakar mercun dan bunga api.

Katanya, aktiviti seperti itu merupakan adat masyarakat Tionghua sejak beribu tahun lamanya yang akan terus diamalkan pada setiap tahun sambutan perayaan berkenaan diraikan bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan