Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Yee Sang’ antara hidangan wajib perayaan Tahun Baharu Cina sinonim menjadi penyeri dalam acara makan besar bersama keluarga tersayang. Foto: Farah Diyana (TVS)

‘Yee Sang’ penyeri acara makan besar

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 22 Jan: ‘Yee Sang’ antara hidangan wajib perayaan Tahun Baharu Cina sinonim menjadi penyeri dalam acara makan besar bersama keluarga tersayang.

Chef Ho Ping Leong. Foto: Farah Diyana (TVS)

Menurut Chef de Cuisine Pullman Kuching, Chef Ho Ping Leong, sajian tradisi ini mempunyai maksud tersendiri berdasarkan jenis bahan yang digunakan, sejarah serta kepercayaan masyarakat Tionghua mengenainya.

‘Yee Sang’ penyeri acara makan besar. Foto: Farah Diyana (TVS)

“Dalam bahasa Cina, ‘Yee’ adalah bermaksud ikan mempunyai persamaan sebutan dengan perkataan senang manakala ‘Sang’ bermaksud mentah yang sering disamakan dengan kelahiran semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas mengadakan demonstrasi membuat Yee Sang di Restoran Nu Er Hong, baru-baru ini.

Tidak hanya menjadi hidangan pembuka semasa acara makan besar kata Chef Ho, ‘Yee Sang’ dianggap sebagai simbol penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang bakal diperoleh individu yang menikmatinya.

“Masyarakat Cina percaya dengan memakan Yee Sang seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan dan dipanjangkan umur serta menerima kebaikan dan dikurniakan tuah dalam hidup,” ujarnya.

Semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul ujarnya lagi maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun ini.

Yee Sang air tangan Chef Ho tahun ini dipersembahkan dengan hirisan keladi segar yang digoreng selain lobak merah dan lobak putih dan halia serta sos plum dan sos limau ciptaannya.

Keistimewaan tahun ini menurutnya melambangkan kemewahan sajian itu iaitu diserikan dengan isi ikan Salmon salai dan isi kerang Abalone dengan taburan lada putih dan rempah ‘five spices’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan