Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tugu kucing putih simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak. Foto: TVS

MBKS terbuka dengar cadangan warga Kuching

KUCHING, 19 Jan: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan untuk menerima cadangan daripada masyarakat dalam usaha menambahbaik keceriaan dan keindahan bandar raya Kuching.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata pihaknya bersedia untuk menerima sebarang maklum balas namun ia mesti dilakukan menerusi saluran yang betul.

Menurutnya, proses penambahbaikan boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak termasuk warga bandar raya ini khususnya di kawasan selatan.

Baca artikel berkaitan sini:

  1. 1. Tugu kucing putih di Padungan, simbol perpaduan Sarawak
  2. 2. Kolaboratif Sarawak-China, perkukuh hubungan dua hala

“Bagi penduduk di kawasan MBKS, saya memohon sokongan untuk kami mendengar pandangan dan cadangan anda”.

“Kami sentiasa mendengar anda, (keceriaan) ini mencerminkan imej bandar raya Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara menghidupkan pencahayaan pada tugu kucing putih di Jalan Padungan di sini bersama Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada Rabu.

Bercakap mengenai dekorasi pada tugu tersebut yang dilakukan pada setiap musim perayaan Hong Seng menekankan aktiviti berkenaan sebagai tanda semangat perpaduan antara kaum di Sarawak.

“Seperti yang dikatakan Dr Sim mengenai tugu ini ia adalah simbol kepada semangat Sarawak yang bukan hanya menterjemahkan aspek perpaduan tetapi keharmonian dalam kepelbagaian”.

“Cuma di sini saya ingin merayu agar dekorasi tersebut tidak dirosakkan oleh gejala vandalisme dan saya berharap usaha ini dihargai walaupun ia diadakan secara sederhana,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan