Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Ir Chang Kuet Shian bergambar bersama dengan pihak media semasa Majlis Penglibatan Media oleh JBALB pada hari ini. Foto: TVS

Media main peranan penting untuk sebar maklumat dan atasi aduan – JBALB

KUCHING, 18 Jan: Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan setiap permasalahan dihadapi rakyat termasuk yang melibatkan keperluan asas harian.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Ir Chang Kuet Shian berkata, menerusi kewujudan pelbagai media, maklumat dapat disebarkan kepada masyarakat dengan tepat dan cepat.

“Disebabkan media mempunyai rangkaian yang besar, JBALB boleh mendapatkan maklumat atau sebarang aduan dengan cepat dan tepat.

“Anda (media) juga boleh menghubungi pihak kami terlebih dahulu sebelum menularkan sesuatu perkara dan kita akan dapat menyelesaikan isu berkenaan dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri Majlis Penglibatan Media anjuran JBALB hari ini.

Pada masa sama, Kuet Shian mengakui terdapat isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan berikutan faktor geografi Sarawak yang luas manakala pihaknya memerlukan masa untuk mengesahkan sebarang aduan atau maklumat yang diterima.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun ini JBALB memfokuskan kepada proses pembayaran bil secara dalam talian berikutan proses berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan tepat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan