Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh Angkat Berat Paralimpik Negara, Bonnie Bunyau Gustin, dianugerahkan Johan Bintang Kenyalang Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak sempena Istiadat Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

156 penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 Jan: Seramai 156 orang penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Johan Bintang Sarawak (JBS) menyaksikan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi mendahului senarai tiga penerima diikuti Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO), Jasni Jubli dan Pakar Kardiologi di Pusat Jantung Sarawak, Dr Alan Fong Yean Yip.

Seterusnya, istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (JBK) kepada Jaguh Angkat Berat Paralimpik Negara, Bonnie Bunyau Gustin.

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC) pula dikurniakan kepada lima orang penerima iaitu Sutekno Ahmad Belon, Adana Jed, Abdul Wahab Rahim, Toeiyah Tioh dan Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim.

Istiadat juga menyaksikan seramai enam orang penerima dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada seramai enam orang iaitu Chiew Chee Yau, Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Fathi Hambali, Sebi Abang, Dr. Andrian Susin Ambud dan Jack Liam.

Selain itu, istiadat juga mengurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) kepada 12 penerima diikuti Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) kepada 15 penerima, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) kepada seramai 30 penerima.

Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak hari ini juga membariskan penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (ABS) merangkumi 31 orang, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (ABK) dikurniakan kepada 24 penerima dan Pingat Perkhidmatan Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada 29 penerima.

Istiadat pengurniaan hari ini juga disaksikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan