Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalil (tengah) bersama Zaini (dua kanan) dan pegawai melihat antara barang kes Op Daulat yang diserahkan kepada Muzium PDRM Sabah. Foto: TVS

Barang kes Op Daulat dilupus

LAHAD DATU, 16 Jan: Sebanyak 438 eksibit dan barang kes Op Daulat susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu, diserahkan kepada Muzium PDRM Sabah sebagai bahan peninggalan sejarah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sebanyak 329 barang kes seperti pakaian, alat perhubungan dan spesimen pula dilupuskan secara kekal.

“438 barang kes itu terdiri daripada 56 item melibatkan pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 item senjata seperti pisau dan parang, 95 item dokumen yang merangkumi pengenalan diri risalah surat buku-buku serta 110 item lain melibatkan kumpulan penceroboh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Pelupusan dan Penyerahan Barang Kes Op Daulat Kepada Muzium PDRM Sabah di IPD Lahad Datu, hari ini.

Katanya, pihak JSJ juga menyerahkan wang tunai berjumlah RM27,000 yang turut dirampas ketika Op Daulat kepada Jabatan Perbendaharaan Negara.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun berkata, PDRM Sabah menghargai usaha Kerajaan Negeri Sabah yang telah menyalurkan peruntukan untuk merealisasikan pembinaan Muzium PDRM Kontinjen Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri telah memberikan dua peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan Muzium PDRM Sabah di IPK Sabah dan RM150,000 untuk pembinaan tugu peringatan Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.

“Kedua-dua projek ini tengah berjalan dan kalau tidak ada halangan kita akan berusaha untuk membuat perasmian ke atas kedua-dua projek ini terutama sekali tugu Op Daulat ini pada bulan Mac sempena dengan 10 tahun Op Daulat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato Sri Zaini Jass yang menyaksikan upacara menandatangani dokumen penyerahan barang kes Op Daulat kepada Muzium PDRM Sabah dan Perbendaharaan IPD Lahad Datu. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found