Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang

ByBernama

IPOH, 16 Jan: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Perpaduan di sini sejak April tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan dekat sini.

Laporan kehilangannya dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Tambun pada 8 September 2022 iaitu kira-kira lima bulan selepas remaja tersebut dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya.

“Remaja berkenaan merupakan anak saudara kepada arwah isteri pengadu yang tinggal bersamanya selepas kematian ibu dan bapanya sejak berumur 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata, mangsa keluar tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga sejak 2 April lepas dan pengadu telah mencari mangsa di merata tempat dan bertanya kepada kawan-kawannya tetapi masih tidak dijumpai sehingga hari ini.

Orang ramai diminta menghubungi Sarjan Muhamad Tarkey Burhanuddin di talian 0175310918 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 052451500 jika mempunyai maklumat lanjut.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan