Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunggang maut manakala pembonceng cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori simen di Kilometer 30, Jalan Tian-Pergau dekat Matu Daro. Foto: IPD Matu Daro

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung lori simen

MATU DARO, 15 Jan: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah lori simen di Kilometer 30, Jalan Tian-Pergau di sini, petang dalam semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Johnny Rapar,50, penunggang motosikal terbabit yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daro manakala pembonceng, Japang Garu,31, telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Neil Beginda berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menunggang motosikal dari arah Pergau menuju ke Tian dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori yang membawa muatan simen pada jam 2.30 petang.

“Motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam telah masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori simen yang datang dari arah Tian menuju ke Bruan Mapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat itu, katanya, penunggang motosikal yang merupakan pekerja ladang kelapa sawit di Kebuaw, Igan, dan pemboncengnya mengalami cedera parah sebelum dikejarkan ke Unit kecemasan Hospital Daro.

“Malangnya, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan anggota badan.” jelasnya.

Neil berkata, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Daro manakala pembonceng telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan