Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini. Foto: Twitter Anwar Ibrahim

Anwar ucap Selamat Hari Ponggal kepada komuniti Tamil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini.

Menerusi catatan dalam facebooknya, Anwar berharap perayaan itu dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.

“Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

“Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu,” katanya menerusi perkongsian itu.

Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan sambutan itu ialah satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan