Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Pengusaha Bomba Mahmudin Narudin menyampaikan plak sebagai penghargaan kepada Pengamal Media Sarikei semasa Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Keluarga Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei semalam. Foto: TVS

Bomba Sarikei hargai sumbangan media

SARIKEI, 15 Jan: Bomba dan Penyelamat Sarikei menghargai peranan media dalam menyebarkan maklumat tepat kepada masyarakat sekali gus membantu meningkatkan peranan agensi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Pengusaha Bomba Mahmudin Narudin berkata, media banyak membantu menaikkan imej Bomba menerusi laporan berita yang disiarkan.

Malah ujarnya, kerjasama yang amat baik itu membawa implikasi positif terhadap interaksi sosial antara kedua-dua belah pihak.

“Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini mendapat liputan meluas. Ini membantu memudahkan orang ramai memahami peranan Bomba dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan kita dengan masyarakat.

“Saya berharap hubungan baik antara pengamal media dengan pihak Bomba Sarikei berterusan. Sekalung terima kasih kerana tidak jemu-jemu membantu Bomba. Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan,” katanya ketika ditemui TVS selepas menghadiri Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Keluarga Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei semalam.

Mengimbau kembali kejayaan tahun lepas, beliau berkata, Balai Bomba Sarikei meraih pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Balai Bomba Cemerlang 2022 sempena Hari Inovasi.

“Berada di tempat ketiga di antara balai-balai Bomba di seluruh Malaysia yang mempunyai 365 balai di seluruh Malaysia. Saya dan anggota Bomba yang lain tidak menyangka mendapat tempat ketiga sehingga mampu mencapai tahap yang kita capai pada hari ini. Ia merupakan satu pencapaian tertinggi di peringkat atasan atau pun pengurusan peringkat atasan. Kami bersyukur dengan anugerah yang diberikan,” katanya lagi.

Program dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik antaranya sukaneka, persembahan hiburan, cabutan tiket bertuah dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan plak sebagai penghargaan kepada Pengamal Media Sarikei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan