Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kuih Bungko Makanan Tradisi Penyeri Bulan Ramadhan

INTINYA yang lemak manis lagi lembut dengan aroma daun pisang yang membalutinya menyebabkan kuih bungko antara sajian pilihan untuk berbuka puasa setiap kali tibanya bulan Ramadhan di Sarawak.

Mengambil peluang populariti kuih bungko pada bulan Ramadhan, Suriati Hasli yang mewarisi kemahiran pembuatan kuih tersebut daripada ibunya gigih membuat kuih tersebut bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Merurut pengusaha kuih dari Sibu itu, beliau tidak menang tangan membuat sebanyak kira-kira 900 biji kuih bungko setiap Ramadhan berbanding 200 biji pada hari-hari biasa.

Suriati menunjukkan proses pembuatan kuih bungko dari rumahnya di Sibu

Kuih bungko dihasilkan menggunakan tepung beras, santan, gula apong tetapi yang membuatkan kuih bungkonya lebih istimewa adalah terletak pada pemilihan jenis daun pisang.

Kuih bungko

Berkongsi petua kesedapan kuih bungkonya, Suriati berkata ianya terletak dalam dalam pemilihan daun pisang dan menyarankan penggunaan daun pisang gala kerana ianya lembut dan tidak mudah pecah.

“Kuih bungko tok dah lamak dah start lah, dah berbelas tahun dah start. Kuih bungko tok asalnya kamek mewarisi orang tua kamek lah. Orang tua kamek dah sik ada agik dah, jadi kamek lah yang ngambik alih tempat tok. Tok daripada mak kamek marek orang nama hajah sapiah nama mak kamek tapi nama gelaran nya tek haji endok. Mun orang nak meli kuih bungko tok kelak padah urang kuih bungko haji endok kata orang.”

Bahkan sehingga kini kuih bungko tersebut masih terkenal dengan nama ibunya, ‘kuih bungko Haji Endok’.

“Kuih bungko tok mun di Sibu Tok Nang, Kuih Bungko Tok Nang wajib lah untuk bulan puasa sebab apa, nya sik ada macam, kuih tok macam kuih tradisional nak jadi bila orang buka puasa nya akan datang nya akan bertanyak kuih bungko.

“Untuk molah kuih bungko tok kita perlu tepung beras, santan, daun pisang, gula apong, ya jak………Molah kuih bungko tok yang penting nya tek ada daun pisang jak. Mun sik ada daun pisang tok susah sikit lah nak molah, daun pisang tok mun boleh ya tek daun pisang gala lah. Mun sik ada pisang gala pisang kapok boleh juak.daun pisang gala tok kebaikannya kita molah pun senang, lagipun daunnya senang dipolah, nya sik pecah. Daun nya lembut jak.”

Kuih bungko sebelum dikukus

Untuk memastikan legasi “Kuih Bungko Haji Endok” terus berkekalan, kata Suriati, beliau akan memastikan kemahiran pembuatan kuih bungkonya diperturnkan kepada anak-anaknya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan