Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha untuk mengesan kapal kargo Malaysia MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Natuna, Kepulauan Riau ditamatkan petang ini. Foto: TVS

Usaha kesan kapal kargo MV Dai Cat 06 ditamatkan

JAKARTA, 14 Jan: Usaha mengesan kapal kargo Malaysia MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Natuna, Kepulauan Riau ditamatkan petang ini.

Pencarian yang dilakukan oleh Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) ke atas kapal muatan besi itu tidak berhasil kerana tiada petunjuk yang diperoleh pasukan pencari.

Menurut Ketua Pejabat SAR Natuna, Mexianus Bekabel yang memimpin operasi, usaha mengesan kapal kargo berkenaan dilakukan sejak 8 Januari lepas sehingga hari ini dan tiada tanda kapal berkenaan ditemukan.

“Operasi telahpun dijalankan selama tujuh hari namun tiada petunjuk penemuan setakat ini, pencarian ditamatkan hari ini,” katanya dihubungi TVS.

Beliau juga berkata, jika nanti ada tanda-tanda berkaitan kapal tersebut, operasi pengesanan akan dibuka semula.

Pihaknya juga telah melaporkan penamatan operasi ini kepada pihak terbabit di Malaysia.

Sebelumnya, kapal yang dikendalikan lima orang kru berlayar dari Kampung Acheh, Perak menuju ke Kuching, Sarawak dipercayai hilang di perairan Natuna, manakala usaha mengesan membabitkan agensi pencari dan penyelamat dua negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan