Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran China Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong. Foto: Bernama

Si Wei-Ya Qiong buru gelaran keempat terbuka Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Juara bertahan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China hanya selangkah lagi memburu kejuaraan keempat kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2023, selepas menewaskan lawan mereka dari Indonesia di separuh akhir hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung 43 minit di Axiata Arena, beregu campuran utama dunia itu mengenepikan pasangan di ranking ke-19, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-16, 21-18.

“Saya rasa perlawanan kami berdua (Si Wei-Ya Qiong) baik, tetapi memandangkan ini pertemuan pertama bertemu mereka (Indonesia), kami tidak begitu tahu cara permainan mereka jadi ada melakukan beberapa kesilapan.

“Namun, kami tahu dengan cara itu dapat kami tingkatkan gaya permainan kami untuk pusingan seterusnya. Saya harap kami dapat meninggalkan tempat ini (Malaysia) dengan kenangan manis kerana tempat ini sering kali membawa tuah,” kata Si Wei.

Pertembungan final esok menyaksikan pasangan dari China itu akan berdepan gandingan Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino, yang juga pilihan ketiga kejohanan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu pernah meraih gelaran Terbuka Malaysia tiga kali berturut-turut pada 2018, 2019 dan 2022. Kejohanan Terbuka Malaysia dibatalkan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan