Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki ditemukan isterinya sendiri di kawasan perkuburan Jalan Buso, Bau. Foto: IPD Bau

Isteri jumpa suami tertiarap tidak bernyawa di kawasan kubur

ByLuqman Muhammad

BAU, 14 Jan: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan kubur Jalan Buso di sini, ketika pergi membersih kubur mendiang ibunya semalam.

Mayat lelaki berusia 62 tahun itu dijumpai isterinya sendiri dalam keadaan tertiarap tidak bernyawa selepas bimbang suaminya tidak balik ke rumah mereka di Kampung Sungai Moyan, Batu Kawa, walaupun hari sudah larut malam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kes itu yang dibuat isteri mangsa jam 1.05 pagi tadi.

“Isteri mangsa memberitahu suaminya telah pergi ke kubur mendiang ibunya di kawasan berkenaan jam 8 pagi semalam.

“Temubual awal terhadap isteri mangsa memberitahu bahawa mangsa hendak pergi membersihkan kubur mendiang ibunya, namun setelah malam mangsa masih belum pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sejurus itu isteri mangsa membawa anak mereka untuk mencari suaminya di kawasan perkuburan tersebut, malangnya mangsa dijumpai dalam keadaan tertirap dan tidak lagi bernyawa.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa di tempat kejadian mendapati keadaan mangsa dijumpai dalam keadaan fizikal yang sempurna, wajah mangsa lebam dan pendarahan keluar dari hidung dan gigi mangsa patah.

“Siasatan di tempat kejadian merupakan jalan tanah berbatu kecil dan agak curam, terdapat kesan tergelincir dan mangsa cedera di lutut dan jatuh tersembam di muka,” ujarnya.

Poge berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Bau bagi tujuan bedah siasat, kes disiasat sebagai laporan kematian mengejut (SDR),” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan