Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan (tengah) menyerahkan jersi TVS FC kepada barisan pemain. Foto: TVS

TVS FC mampu jadi medium pupuk integrasi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 11 Jan: Kelab Bola Sepak TVS FC mampu menjadi medium terbaik untuk memupuk integrasi di Sarawak, kata Datuk Snowdan Lawan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, selain itu penubuhan kelab sukan juga mampu memberi ruang kepada pekerja di sesebuah syarikat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sebelum ini, TVS merupakan medium terbaik dalam penyampaian maklumat termasuklah berita sukan.

“Kini apabila mereka mengorak langkah dengan menubuhkan kelab sukan seperti TVS FC ini, saya percaya ia akan dapat menyatukan masyarakat di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir majlis penyerahan jersi TVS FC di sini, hari ini.

Sementara itu, Snowdan juga berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menitikberatkan kepentingan sukan kerana mampu mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin merupakan penaja utama jersi pasukan TVS FC yang ditubuhkan pada suku ketiga tahun lepas.

Skuad TVS FC kini bergiat aktif dalam sukan bola sepak. Foto: TVS

Kelab Bola Sepak TVS FC juga terbuka untuk menerima pelawaan perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak komuniti di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan