Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya menyampaikan Kenyalang Gold Card kepada salah seorang penerima semasa Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card dan Perasmian Kaunter Satelit Perkhidmatan Kebajikan di Igan. Foto: TVS

Kaunter satelit JKM permudah urusan penerima bantuan JKM di Igan

IGAN, 11 Jan: Pembukaan kaunter satelit perkhidmatan kebajikan di Pejabat Daerah Kecil Igan, memudahkan urusan rakyat khususnya penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pastinya melegakan lebih 200 penerima bantuan di daerah kecil Igan yang sebelum ini terpaksa berurusan di daerah Matu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, pendekatan itu juga selaras dengan usaha kerajaan menaik taraf peranan dan fungsi pejabat daerah berkenaan.

“Penduduk terpaksa pergi jauh ke Pejabat Daerah Matu, sekarang kita telah membuka kaunter yang khusus di Pejabat Daerah Kecil Igan yang meliputi penduduk dari Sungai Rasau hingga ke Kuala Igan.

“Saya difahamkan bahawa terdapat lebih 200 penerima bantuan kebajikan di daerah kecil Igan dan dengan pembukaan pejabat satelit ini, ia pasti melegakan para penerima yang berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Penyerahan Kenyalang Gold Card dan Perasmian Kaunter Satelit Perkhidmatan Kebajikan di Igan semalam.

Beliau juga menyeru rakyat agar memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu dengan sebaik-baiknya.

Usaha tersebut katanya, merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya menyeru penduduk yang mempunyai keluarga daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) untuk mendaftarkan diri di kaunter kebajikan Pejabat Daerah Kecil Igan bagi memastikan bantuan daripada kerajaan sampai kepada mereka.

“Bantuan-bantuan lain terutamanya kepada mereka yang ada penyakit kronik dan sebagainya yang berkelayakan perlulah pergi mendaftarkan diri di kaunter kebajikan ini. Ini adalah inisiatif pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi memastikan bantuan itu sampai ke segenap peringkat masyarakat yang memerlukannya,” katanya lagi.

Melalui pembukaan kaunter itu, JKM bakal menambah kekerapan penempatan kakitangan di Pejabat Daerah Kecil Igan kepada dua kali sebulan berbanding hanya sekali sebulan sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan