Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merakam gambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke Soup Kitchen - SKUP di CSSC Kuching di Jalan Abel di Kuching hari ini. Foto: TVS

Sarawak sedia beri input tubuh Suruhanjaya Kanak-Kanak

KUCHING, 11 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak sedia memberikan input tambahan susulan cadangan penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak masih menunggu perincian penubuhan badan bebas itu.

“Kita ada mendengar mengenai cadangan untuk menubuhkan institusi khas untuk kanak-kanak, maknanya tidak dicampur dengan kumpulan lain, ia adalah khas untuk kanak-kanak, jadi kita tunggu perkara ini dimuktamadkan, dari segi perinciannya sudah ada.

“Apa yang baik dan menguntungkan Sarawak, kita akan sokong, jika perlu, kita juga akan memberikan input (dari pihak Sarawak),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.

Terdahulu pada 9 Januari lalu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dalam satu kenyataan berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pandangan pelbagai pemegang taruh dan penggubalan suatu akta.

Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Selain itu, satu sesi libat urus telah diadakan di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan