Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Tangkapan berkaitan dadah di Sarawak meningkat 37.6 peratus pada 2022

KUCHING, 11 Jan: Sarawak merekodkan 9,092 tangkapan berkaitan penguatkuasaan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata jumlah itu merupakan peningkatan 37.6 peratus atau 2,489 tangkapan berbanding tempoh sama pada 2021 yang merekodkan jumlah 6,607 tangkapan.

“Seramai 734 orang yang ditangkap adalah tokan membekalkan dadah kepada sindiket dan penagih.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah sepanjang 2022 adalah RM12.1 juta. Ini adalah penurunan RM7.2 juta atau 37.3 peratus berbanding RM19.3 juta bagi 2021,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Mohd Azman, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 turut merekodkan peningkatan 28.1 peratus daripada 32 orang pada 2021 kepada 42 orang pada tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan sitaan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 menunjukkan penurunan sebanyak RM200,000 atau 5.19 peratus iaitu daripada RM3.8 juta pada 2021 kepada RM3.6 juta pada tahun lalu.

Manakala bagi pertuduhan pula meningkat 7.6 peratus kepada 87.6 peratus tahun lalu berbanding 80 peratus pada 2021.

“Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras kegiatan pengedaran, penyalahgunaan dadah dan melumpuhkan sumber bekalan, kewangan dan aset sindiket bagi memastikan kegiatan mereka dibanteras habis-habisan,” katanya. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan