Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skrin besar Pasar Raya Mydin
Skrin besar Pasar Raya Mydin. Foto: TVS

Inisiatif kerajaan sediakan skrin besar tayangan bola sepak dapat sambutan positif

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 11 Jan: Inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Perpaduan Negara menyediakan skrin besar bagi menayangkan perlawanan antara Malaysia menentang Thailand mendapat sambutan positif daripada ramai pihak.

Menurut Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Nadzrul Idzlan, inisiatif itu menjadi satu medium penting dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat setempat berkumpul dan sama-sama menyokong aksi pemain bola sepak negara.

“Kita dapat lihat keadaan hujan, tetapi di sini masih sesak dengan para penyokong datang bersama-sama memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara kita,” katanya ketika ditemui TVS pada aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 yang diadakan di skrin besar Pasar Raya Mydin, Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Bagi seorang pekerja swasta, Anatasha Syafarina, dia berpendapat usaha daripada kerajaan itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakyat terutamanya di Sarawak.

“Seperti yang kita dapat lihat, bukan hanya satu bangsa yang hadir, tetapi juga ada pelbagai bangsa dan kaum, semuanya berkumpul di satu tempat menyokong pasukan negara kita,” katanya.

Bagi seorang pelajar, Muhd Shahrul Nizam, kemeriahan akan dapat dirasai apabila Malaysia mendapat gol atau membuat percubaan yang disaksikan secara beramai-ramai.

Sementara itu, Penolong Ketua Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Sarawak, Zanawi Zen berkata, menyediakan lokasi yang lebih strategik dan luas dilihat platform terbaik bagi menarik lebih ramai penonton berkumpul menyaksikan perlawanan bersama-sama.

“Mungkin kita memerlukan ruang yang lebih besar lagi dan dalam masa yang sama memastikan lokasi lebih sesuai, di mana penduduk di persekitaran mudah untuk datang.

“Kita perlu tempat letak kereta, tempat beriadah yang sesuai, yang dapat memberi keselesaan dan memudahkan orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, KBS menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, menjadikannya sebanyak 25 lokasi di seluruh negara.

Di Sarawak, lokasi skrin besar yang menayangkan aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 pada kali ini mengambil tempat di Mydin, Petra Jaya dan Container City, Wireless Walk, Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan