Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Pelan pemulihan pelajar tercicir persekolahan akan diteliti

ByConnie Grace

KUCHING, 10 Jan: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan meneliti secara terperinci pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional sebelum melaksanakannya.

Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, pihaknya terbuka kepada sebarang pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan sekiranya ia memberi manfaat kepada pelajar di sekolah.

“Buat masa ini saya belum dapat beri pandangan kerana belum lihat dengan terperinci perkara terkandung dalam pelan ini. 

“Kita menerima apa sahaja yang baik untuk anak-anak tercicir di kawasan luar bandar tetapi jangan lupa di kawasan bandar juga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan merangka pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Pada Ahad lepas, Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkata, KPM sedang merangka satu pelan pemulihan dan sedang mengumpul data daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Terdahulu, Sagah merasmikan Program Kecemerlangan  Sejarah bagi pelajar berpotensi lulus (peratus layak sijil SPM) bagi sekolah-sekolah menengah bahagian Serian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Razak, Siburan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan