Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa, Daney Bayan, yang berjalan kaki keluar dari rumahnya menuju ke Rumah Cindun, meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto: TVS

Lelaki maut dipercayai mangsa langgar lari

MUKAH, 10 Jan: Seorang lelaki berumur 18 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di lokasi berhampiran Sungai Aping Kemena, Ulu Balingian, Jalan Sibu-Bintulu pada kira-kira jam 9 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, Daney Bayang dari Rumah Mawar Batu 77 1/2, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari rumah panjangnya di Rumah Akat menuju ke Rumah Cindun berjalan kaki melalui tepi jalan raya dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang datang dari arah Bintulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek hitam ketika ditemui dalam terbaring di tengah jalan.

Menurutnya lagi, tempat kejadian bukan kawasan titik hitam kemalangan di mana keadaan jalan dua hala lurus dan rata berserta garisan putih pembahagi jalan.

“Mayat dibawa polis ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan bedah siasat dan setakat ini, tiada saksi bebas yang dapat membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab dalam kemalangan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di 011-3162713 atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di 082-871222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan