Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong saranan agar kerajaan perpaduan dibentuk di Sabah. Foto: Warisan

Kerajaan perpaduan di Sabah demi pentadbiran negeri lebih baik – Shafie

KOTA KINABALU, 10 Jan: Pembentukan kerajaan perpaduan di Sabah yang dicadang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berupaya membentuk pentadbiran negeri yang lebih baik, kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, Warisan menyokong saranan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Dalam masa sama katanya, Warisan turut menyokong penuh Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 yang dijadual dibentang pada persidangan khas DUN Sabah, hari ini.

Perkara itu katanya, selaras dengan komitmen perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya yakin kedua-dua rang undang-undang ini akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, Ahli DUN Warisan tidak dapat hadir pada persidangan DUN hari ini kerana perlu membentuk jawatankuasa khas untuk menentukan kepimpinan kerajaan perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

Pada Selasa, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan bersama semua ketua pemimpin parti politik yang terlibat untuk menamatkan kemelut politik itu dengan mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan Sabah.

Jumaat lepas, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pendirian parti itu menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung berkata, BN Sabah telah hilang kepercayaan terhadap kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri selain mendakwa perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan