KUCHING, 9 Jan: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, pasar raya Emart menawarkan jualan murah.
Menurut Pegawai Pemasaran Emart, Jenny Tang Mee Ping, pasar raya itu akan melancarkan “One Day Sale” pada 14 Januari ini.
Emart baharu selesai mengadakan jualan murah bermula 26 Disember 2022 dan berakhir pada 8 Januari 2023.
“Pelbagai jenis produk dan makanan segar terutamanya keperluan asas dijual dengan harga murah untuk memberi peluang kepada semua pelanggan menjelang perayaan,” katanya kepada TVS.
Selain membeli-belah pada harga berpatutan, para pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
“Antara aktiviti peraduan yang dilakukan di Emart ialah bagi perbelanjaan yang bernilai RM128 ke atas, para pelanggan boleh mengikuti ‘Red Packet Redemption’, Emart Gold Bar seberat lima gram setiap Rabu dan baucar yang boleh ditebus di kaunter pelanggan,” tambahnya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Sobri Mahrini dari Lundu berkata, banyak barangan yang dijual dengan harga berpatutan seperti beras, minyak masak dan banyak lagi.
“Ia bermanfaat kepada macam golongan seperti kami yang berpendapatan kecil,” katanya.
Muhamad Lukman Nurhaqim Rahim, 33, pula berkata dengan promosi yang dijalankan ia dapat meringankan beban untuk mendapatkan keperluan asas.
“Rasa bersyukur sebab Emart menawarkan harga yang murah terutama menawarkan barangan makanan pada harga berpatutan.
Bagi Harith Zakwan Rusman, 30, Emart merupakan tempat yang sesuai untuk golongan belia kerana mempunyai pelbagai pilihan dan harga berpatutan.
“Jika hendak membeli barangan keperluan memang saya datang ke Emart,” katanya.
Waktu operasi pasar raya Emart Moyan, Emart Matang dan Emart King Centre juga telah dilanjutkan sehingga jam 11 malam. – TVS