Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat pada Program Santai Mesra di Kapit pada Ahad. Foto: JaPen

Kerajaan yang stabil memastikan negara berupaya atasi cabaran ekonomi

KAPIT, 9 Jan: Kerajaan yang stabil sangat penting dalam memastikan pembangunan negara dapat dilaksana dengan lancar.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, dalam keadaan ekonomi dijangka menjadi tidak begitu memberangsangkan pada tahun ini, kerajaan yang ditubuhkan perlu kukuh bagi memastikan negara mampu mengatasi cabaran.

Berucap pada Program Santai Mesra di sini pada Ahad, beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melantik beliau di dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana memberikan kepercayaannya untuk berkhidmat di peringkat Persekutuan.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, beliau terus komited dalam memastikan perancangan negara terutama pembangunan kawasan Parlimen Kapit lancar serta mantap.

Pada majlis yang sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat berkata, Nanta sememangnya layak untuk dilantik sebagai menteri berdasarkan pengalaman.

Program Santai Mesra dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ketua kaum dan ketua masyarakat setempat serta ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan