Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Wanita buat laporan polis palsu disamun elak didenda hilang kad pengenalan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 8 Jan: Seorang wanita sanggup membuat laporan polis palsu dirinya disamun gara-gara mahu mengelak membayar denda kehilangan kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 42 tahun membuat laporan polis telah disamun dua lelaki menggunakan pisau pada jam 12.42 tengah hari Jumaat.

“Kejadian dilaporkan berlaku di dalam kereta kira-kira jam 6.50 petang Khamis bertempat di Tebingan Kuching.

“Akibatnya dia (suspek) mengalami kerugian sebanyak RM2,000 dan kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank serta telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat suspek.

“Siasatan turut mendapati suspek mengaku membuat laporan palsu dirinya disamun bagi mengelak daripada membayar denda untuk mendapatkan gantian kad pengenalan yang baharu memandangkan ini merupakan kali kedua suspek kehilangan kad pengenalan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan