Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni mengadakan lawatan ke Hospital Simunjan di sini hari ini. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

Jawatankuasa MA63 teliti penambahbaikan institusi kesihatan di Sarawak

SIMUNJAN (Sarawak), 7 Jan: Penambahbaikan institusi kesihatan awam di Sarawak menjadi antara tumpuan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata usaha itu bagi memastikan pembangunan kesihatan yang lebih baik dapat dilaksanakan buat negeri itu selari dengan hak di bawah MA63.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian segera termasuk keadaan fasiliti kesihatan di negeri itu yang daif.

“Kita dapati terdapat kuarters kediaman buat petugas kesihatan yang memerlukan perhatian.

“(Selain itu) keperluan tenaga kerja terutama kekurangan doktor di hospital serta klinik kesihatan khususnya di kawasan luar bandar juga akan kita teliti,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Simunjan di sini hari ini.

Lukanisman juga yakin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mampu merealisasikan dan memuktamadkan beberapa perkara berkaitan MA63 dengan baik.

Pada 5 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fadillah telah dipertanggungjawabkan untuk memfokuskan hal ehwal Sabah dan Sarawak terutama Perjanjian MA63.

Fadillah juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dikurangkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan