Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

COVID-19: Dunia diancam subvarian baharu termasuk ‘Kraken’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Masuk tahun keempat sejak kes awal COVID-19 dilaporkan merebak di Wuhan (China), virus penyakit berjangkit ini terus bermutasi dan masih mengancam kesihatan, ekonomi dan masyarakat dunia secara keseluruhan.

Dalam taklimat media secara maya dari Geneva, Switzerland pada 4 Januari lepas, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan penularan meluas COVID-19 melibatkan subvarian baharu di beberapa bahagian dunia.

Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 – rekombinan dua BA.2 sublineage – diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama “Kraken” yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyatan media 2 Januari 2023, varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Beliau juga menyebut, di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini. Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 juga dikesan di Malaysia dan setakat 31 Disember, 2022 terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga (3) kes yang dijangkiti dengan BF.7.

 

Sementara itu, trend kes baharu tiga angka berterusan di minggu pertama tahun baharu 2023 dan semalam (6 Jan), sebanyak 543 kes harian baharu dilaporkan termasuk empat (4) kes kematian dan empat (4) kes import.

Sepanjang Rangkuman Bernama 31 Dis 2022 – 6 Jan 2023, jumlah kes harian baharu adalah sebanyak 3,173 kes, susut sekitar 21 peratus berbanding 4,020 kes pada Rangkuman Mingguan 24 Dis-30 Dis 2022.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 6 Jan 2023 adalah sebanyak 5,029,337 kes.  Kes aktif menurun kepada 11,415 dan 94.9 peratus (10,828 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Untuk pecahan kes mengikut negeri, hanya Selangor mencatat kes tiga angka iaitu 162 kes.

Kes dua angka dilaporkan di WP Kuala Lumpur (87), Melaka (46), Sarawak (44), Pulau Pinang (34), Perak (30), Johor (25), Putrajaya (24), Kedah (22), Negeri Sembilan (19), Sabah (14), Terengganu (11), Kelantan (10) dan Pahang (10).

Kes satu angka dilaporkan di Perlis (3) dan WP Labuan (2).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 31 Dis

2022 hingga 6 Jan 2023:-

31 Dis 2022 (513), 1 Jan (420), 2 Jan (360), 3 Jan (333), 4 Jan (433), 5 Jan (571) dan 6 Jan (543).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 24 hingga 30 Dis 2022:-

24 Dis (766), 25 Dis (609), 26 Dis (480), 27 Dis (423), 28 Dis (480), 29 Dis (679) dan 30 Dis (583).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 31 Dis 2022 hingga 6 Jan 2023, seperti

berikut:-

31 Dis 2022 (835), 1 Jan (542), 2 Jan (390), 3 Jan (556), 4 Jan (1,535), 5 Jan (916) dan 6 Jan (833).

 

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

Dengan 5,029,337 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,058,315) dan Ukraine (5,357,941).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (245,542) diikuti oleh Korea Selatan (56,854) dan Brazil (30,865).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,121,059 kes.

 

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 6 Jan 2023)

 

Malaysia masih mempunyai 11,415 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 10,828 (94.9 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar ​​​(0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 554 kes (4.9 peratus) di hospital; 19 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 14 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 – Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 – Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 – Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 – Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 – Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

31 Dis 2022 (513), 1 Jan (420), 2 Jan (360), 3 Jan (333), 4 Jan (254), 5 Jan (232) dan 6 Jan (249).

 

Kes sembuh:-

31 Dis 2022 (833), 1 Jan (542), 2 Jan (423), 3 Jan (376), 4 Jan (500), 5 Jan (696) dan 6 Jan (688).

* kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 6 Jan 2023 sebanyak 4,981,052.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

31 Dis 2022 (12,002), 1 Jan (11,871), 2 Jan (11,807), 3 Jan (11,763), 4 Jan (11,696), 5 Jan

(11,564) dan 6 Jan (11,415).

 

Perincian kes harian baharu (543 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 6 Jan 2023

* (+kes import)

Kes tiga angka – Selangor 162 (+0)

Kes dua angka – WP Kuala Lumpur 86 (+1), Melaka 46 (+0), Sarawak 44 (+0), Pulau Pinang 34 (+0),

Perak 30 (+0), Johor 24 (+1), WP Putrajaya 24 (+0), Kedah 22 (+0), Negeri Sembilan 19 (+0), Sabah

14 (+0), Terengganu 10 (+1),  Kelantan 10 (+0) dan Pahang 9 (+1).

Kes satu angka – Perlis 3 (+0) dan WP Labuan 2 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

31 Dis (22) –   Kes baharu  513; Kumulatif kes  5,026,677; Kes import 4

1 Jan (23) –    Kes baharu  420; Kumulatif kes  5,027,097; Kes import 3

2 Jan (23) –    Kes baharu  360; Kumulatif kes  5,027,457; Kes import 1

3 Jan (23) –    Kes baharu  333; Kumulatif kes  5,027,790; Kes import 1

4 Jan (23) –    Kes baharu  433; Kumulatif kes  5,028,223; Kes import 4

5 Jan (23) –    Kes baharu  571; Kumulatif kes  5,028,794; Kes import 1

6 Jan (23) –    Kes baharu  543; Kumulatif kes  5,029,337; Kes import 4

 

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik

hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

31 Dis 22 – 1 (BID 0), 1 Jan 23 – 4 (BID 2 ), 2 Jan – 1 (BID 0), 3 Jan – 1 (BID 0), 4 Jan – 0

(BID 0), 5 Jan  – 7 (BID 2) dan 6 Jan – 4 (BID 1).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 6 Jan 2023 sebanyak 36,870.

 

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

 

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 667,807,340 kes berbanding 664,526,101 kes minggu sebelumnya dengan 6,709,472 kes kematian (minggu sebelumnya sebanyak 6,696,038 kes kematian).

Sebanyak 639,374,247 kes sembuh dilaporkan berbanding 636,591,084 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 103,073,819 (+24,934)

India 44,680,868 (+264)

Perancis 39,392,209 (+10,383)

Jerman 37,496,370 (NA)

Brazil 36,487,021 (+30,865)

Jepun 30,044,377 (+245,542)

Korea Selatan 29,420,226 (+56,954)

Itali 25,143,705 (NA)

United Kingdom 24,135,084 (NA)

Rusia 21,820,552 (+3,439)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13         – 11,525,646 (+75)

Indonesia di tangga 20      – 6,722,746 (+519)

Malaysia di tangga 28        – 5,029,337 (+543)

Thailand di tangga 31        –  4,723,919 (NA)

Filipina di tangga 37          –  4,066,527 (+580)

Singapura di tangga 45     –  2,206,986 (+833)

Myanmar di tangga 83       – 633,709 (+9)

Brunei di tangga 107         –  270,199 (NA)

Laos di tangga 113              217,850 (+15)

Kampuchea di tangga 125 –  138,617 (+2)

————————————————————————-

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. – Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

– 1 April 2022 – Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy”  untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

– 1 Mei 2022 – beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

– Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.- TVS

Tags: COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan