Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga,kiri) ketika menyertai Program Rideout bersama rakyat di Kampung Bandung. Turut serta Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee (dua, kiri). Foto: TVS

Kelulusan projek kadar RM50 juta, MOF akan sedia garis paduan – Fadillah

SIBU, 6 Jan: Kementerian Kewangan akan mengeluarkan garis panduan mengenai kaedah-kaeadah yang akan digunapakai untuk melaksanakan kelulusan sebarang projek di bawah kadar RM 50 juta menerusi seliaan Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penentuan garis panduan itu penting bagi memastikan setiap kelulusan tender di bawah nilai tersebut dilakukan dengan mematuhi tadbir urus yang baik serta berintergriti.

Menurut beliau perbincangan mengenai garis panduan tersebut akan dilakukan di peringkat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA630 terlebih dahulu untuk diputuskan sebelum ia dibawa kepada Majlis Tindakkan Perlaksanaann Perjanjian Malaysia 1963 (MTPPMA63).

“Manakala perkara yang tidak dapat diputuskan di peringkat Jawatankuasa Teknikal tersebut disebabkan perbezaan pandangan daripada kementerian dan agensi terlibat akan diserahkan kepada  Majlis Tindakkan Perlaksanaann Perjanjian Malaysia 1963 untuk diputuskan,” katanya ketika ditemui selepas selepas menyertai Program Rideout bersama rakyat di Kampung Bandung di sini.

Menurut Fadilah, antara yang ditentukan dalam garis panduan tersebut termasuk menentukan pengerusi bagi Jawatankuasa Pemberian Tender serta Individu yang mempunyai kuasa untuk meluluskan setiap tender yang bakal di anugerahkan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Annuar Ibrahim pada Rabu mengumumkan pemberian kuasa kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak untuk memberi kelulusan kepada mana-mana projek yang dilaksanakan di kedua negeri berkenaan bernilai sehingga RM 50 juta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan