Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Syamsul, Ira dan Kazar.

Syamsul Yusof mengaku nikah dengan Ira Kazar

KUCHING, 6 Jan: Pengarah, Syamsul Yusof, 39, mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini.

Dia muncul dengan pengakuan itu menerusi video di Instagram, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah saya mengharapkan pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah kita. Apa sahaja masalah, kita berbincang dan selesaikan tanpa perlu menghebahkan atau mengaibkan saya.

Baca artikel berkaitan di sini >>>Tahniah/ yang penuh makna daripada Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof

“Sudah-sudahlah bawa anak-anak ke sana ke mari. Saya masih suami lagi,” katanya menerusi video berkenaan.

Syamsul menjelaskan, dia tidak ada niat membelakangkan keluarganya dalam membuat keputusan ini.

“Doakan yang baik-baik. Saya juga berdoa kepada Allah agar keputusan saya ini dirahmati Allah. Saya bukan manusia yang sempurna, saya kadang-kadang lakukan kesilapan dalam hidup,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan