Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika mengadakan lawatan rasmi ke SK Saint Mary, Sibu pada Jumaat. Foto: Facebook Fadillah Yusof.

Kuasai STEM dalam membangunkan modal insan ke arah negara maju

SIBU, 6 Jan: Murid-murid dan pelajar wajar dididik dengan pembangunan sahsiah dan bidang kemahiran selain akademik dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini akan membantu melahirkan generasi yang berpotensi menjadi pencipta teknologi atau produk-produk yang memberi mafaat kepada masyarakat.

Katanya, cabaran pada masa hadapan memerlukan pelajar-pelajar untuk menjadi pencipta produk yang dipelajari menerusi penguasaan dalam bidang kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Anak-anak kita perlu menguasai bidang STEM dan ini merupakan satu fokus yang patut diberi tumpuan oleh kita semua bukan sahaja diperingkat sekolah tetapi mesti disokong oleh peringkat masyarakat serta peringkat ibu bapa,” katanya ketika berucap pada lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Mary di sini, hari ini.

Menurut Fadillah, penguasaan pelajar dalam bidang STEM perlu dipertingkatkan dengan memberi galakan dan dorongan kepada para pelajar.

Fokus serta pelaksanaan program berkaitan perlu dilakukan bagi menarik seterusnya mengasah minat pelajar terhadap bidang tersebut jika negara ingin terus berdaya saing pada masa hadapan.

“Ini perlu dilaksanakan kalau kita hendak menjadi sebuah negara maju yang dapat bersaing di persada antarabangsa dan dunia, anak-anak kita kena menguasai dalam bidang STEM,” katanya.

Sementara itu, lawatan Fadillah ke SK Saint Mary ibarat sirih pulang ke gagang memandangkan beliau pernah belajar di sekolah berkenaan.

Beliau yang memasuki darjah satu pada 1969 ke sekolah itu, meluangkan masa satu setengah jam bersama warga sekolah, selain meninjau bangunan lama sekolah.

“Ketegasan guru dalam mendidik saya ketika itu sehingga selalu juga kena rotan menjadikan saya berjaya seperti sekarang sehingga dapat menyumbang kembali kepada rakyat, negeri dan negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan