Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan laluan alternatif sementara dari Kota Samarahan ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong. Foto: JKR

Laluan alternatif dari Kota Samarahan ke Kuching dibuka hari ini

ByElani Rosllan

KUCHING, 6 Jan: Laluan alternatif sementara dari Kota Samarahan ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong dibuka bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata laluan itu dibuka bagi tujuan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf jalan Kuching/Samarahan Expressway.

Bagaimanapun, laluan itu hanya boleh digunakan kenderaan ringan dengan had muatan lima tan.

“Had laju yang dibenarkan adalah 30km/jam sahaja. Pengguna-pengguna juga diminta berhati-hati semasa memandu di jalan laluan alternatif sementara ini,” kata JKR menerusi kenyataan pada Khamis.

Laluan alternatif itu dibuka susulan tinjauan dan pemerhatian pada 4 dan 5 Januari serta perbincangan lanjut bersama pemaju perumahan.

“JKR Samarahan akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan