Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan kata-kata semanagat kepada pemain Malaysia menjelang separuh akhir Piala AFF 2022 Sabtu ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

TMJ beri semangat kepada Malaysia sebelum bertemu Thailand

ByFirdaus Ismail

PETALING JAYA, 5 Jan: Skuad kebangsaan mendapat suntikan semangat daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelang pertemuan menentang Thailand, Sabtu ini pada Piala AFF 2022.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berangkat tiba di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini kira-kira pukul 5.45 petang tadi.

Menyambut ketibaan Tunku Ismail ialah Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan barisan kepimpinan tertinggi badan bola sepak negara.

Tunku Ismail kemudian turut berkenaan menyaksikan sesi latihan pasukan kebangsaan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon selama kira-kira 30 minit.

TMJ kemudian turut bertemu barisan pemain termasuk Brendan Gan, Safawi Rasid dan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi.

Sementara itu, pemain pertahanan negara, Dominic Tan berkata, beliau dan rakan sepasukan tidak memandang rendah cabaran yang bakal dilontarkan oleh skuad Gajah Perang yang juga juara enam kali Piala AFF.

Dominic Tan. Foto: TVS

 

Dominic yang berpengalaman beraksi di Thailand berkata, beliau mengenali beberapa pemain skuad berkenaan termasuk penjaga gol namun itu bukan jaminan untuk menang mudah dan memanipulasi pelawat.

“Ini kerana kita tahu kualiti Thailand, mereka merupakan pasukan yang kuat namun kami (pemain Malaysia) akan bekerja keras kerana ingin mencapai impian ke final,” katanya.

Dominic yang kini beraksi bersama Sabah FC berkata, mereka akan meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menyingkirkan Singapura dengan keputusan 4-1 pada Selasa lepas.

Sebelum ini, Malaysia pernah menjuarai Piala AFF pada 2010 apabila menewaskan Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan