Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah panjang di Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga terbakar. Foto: Orang awam.

15 pintu rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran

BELAGA, 5 Jan: Lima belas pintu sebuah rumah panjang, Blok F di Uma Bakah, Sungai Asap musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga dengan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakkan ke lokasi, katanya ketika dihubungi.

Baca artikel berkaitan > > > Kerajaan bantu bina semula rumah panjang di Uma Bakah yang musnah dalam kebakaran

Sehubungan itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok lain oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling.

“Maklumat awal jumlah penghuni rumah panjang yang terjejas seramai 68 orang, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan