KUALA LUMPUR, 5 Jan: Short Shorts Film Festival & Asia (SSFFA) mengorak langkah untuk menarik lebih ramai karyawan bagi menghasilkan filem-filem bermutu.
Baru-baru ini, SSFFA dengan kerjasama University Multimedia (MMU) telah mengadakan satu pratonton tayangan khas untuk filem-filem pendek.
Menurut Beh Tanaka dari 42 Pictures, terdapat filem-filem berkualiti yang telah dibawa ke sini untuk dijadikan tontonan.
“Antaranya, filem-filem yang berkualiti dari Jepun telah dikongsikan dengan penonton di Malaysia.
“Filem-filem ini merupakan filem yang membawa pengajaran dan filem-filem yang terbaik dan akan dibawa ke festival filem di luar negara,” katanya.
Diharapkan dengan adanya filem-filem pendek ini dapat merangsang penonton untuk berkarya dan menghasilkan filem yang berkualiti pada masa akan datang. – TVS