Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet, pada Rabu. Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Pelaksanaan Projek Rangkaian Jalan Raya Utama Sarawak-Sabah, disegerakan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Kerajaan Persekutuan mahu pelaksanaan projek-projek Rangkaian Jalan Raya Utama Sarawak-Sabah diteruskan dan disegerakan, kata Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, keputusan Jemaah Menteri itu merangkumi pelaksanaan Projek Sarawak-Sabah Linik Road (SSLR), Lebuhraya Trans Borneo serta melengkapkan Projek Pan Borneo Sabah.

“Perincian pelaksanaan projek ini akan saya maklumkan kelak,” katanya menerusi satu hantaran Facebook, pada Rabu.

Nanta juga menyatakan Jemaah Menteri turut meluluskan syor pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Sabah sebagai Jabatan Teknikal.

“Pengiktirafan ini memberikan kuasa kepada agensi berkenaan untuk menguruskan projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM 50 juta,” jelasnya.

Selain beberapa inti pati berkaitan Kementerian Kerja Raya (KKR) menurut Nanta, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terarah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selepas mesyuarat Kabinet dari Putrajaya, saya bergegas ke ibu pejabat KKR di Kuala Lumpur bagi mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan