Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting bersama para pelakon dan pasukan produksi Little Sunshine. Foto: TVS

Sarawak menawarkan lokasi menarik penggambaran filem

MIRI, 3 Jan: Keindahan alam semula jadi, kebudayaan dan festival yang ada di Sarawak amat sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Menurutnya, penggambaran filem akan membantu menaikkan nama Sarawak dalam peta pelancongan apabila sesuatu tempat ditayangkan.

“Kita ada banyak tempat yang cantik. Kita lihat alam kita dan kita juga ada festival, budaya dan kumpulan etnik pelbagai. Ada banyak tarikan di Miri dan saya yakin Sarawak ialah tempat yang baik untuk lokasi penggambaran,” katanya semasa sidang media tayangan premium ‘Little Sunshine’ di TGV Miri pada Isnin.

Malah, watak dalam filem yang dilakonkan orang tempatan turut membantu menaikkan nama Miri dan Sarawak dalam kalangan penonton.

Beliau menjadikan contoh filem ‘Little Sunshine’ mempamerkan bakat kanak-kanak 10 tahun dari Miri, Louis Lau Heng Kai yang memegang watak utama sebagai Lim Xiao Pan.

Filem arahan Aron Koh Kang Boon itu akan ditayangkan di seluruh Malaysia dan penonton di luar Sarawak.

“Adalah menjadi harapan ia juga akan membantu mempromosikan Miri dan menjadi pentas kita dan saya percaya ini akan membantu sektor pelancongan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan