Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan rawatan awal untuk seorang mangsa yang lemas di Sungai Rayu, Kuching, hari ini. Foto: Bomba dan Penyelamat.

Lemas: Dua selamat, seorang masih dirawat di hospital

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Jan: Tindakan pantas orang ramai telah menyelamatkan nyawa tiga individu yang lemas dalam satu insiden di Sungai Rayu, Matang di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata seorang daripada mereka masih berada dalam rawatan dan pemantauan di Hospital Umum Sarawak setakat pukul 5 petang.

Bomba menerima panggilan pada pukul 2:47 petang.

Dua mangsa telah terlebih dahulu diselamatkan orang awam dan terus dihantar ke hospital.

“Ketika anggota dalam perjalanan ke lokasi kejadian, mangsa yang terakhir berjaya dijumpai oleh orang awam untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan kenderaan awam. 

“Ketika dalam perjalanan, kenderaan yang membawa mangsa bertembung dengan anggota yang ke lokasi kejadian dan terus menahan pihak bomba untuk bantuan awal dan dihantar ke hospital.

“Anggota EMRS (bomba) melakukan CPR kepada mangsa ketika dalam perjalanan ke Hospital. Setibanya di hospital, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan.

Sungai Rayu merupakan lokasi tumpuan warga Kuching untuk berkelah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan