Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
vaksin covid di Malaysia
KKM menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua. Foto TVS

COVID-19: Segera ambil dos penggalak sedia ada, usah tunggu vaksin bivalen

ByNazirah Adlina

KUCHING, 2 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai agar tidak menunggu vaksin bivalen COVID-19, tetapi segera mendapatkan dos penggalak kedua dengan vaksin sedia ada.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

“Tidak lama lagi vaksin bivalen juga akan dibekalkan kepada Malaysia berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah baru-baru ini.

“Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya.

“KKM menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam (6) bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Baca artikel berkaitan sini >>> 28 sampel air kumbahan PMA dikesan ada virus SARS-COV-2

Dr Zaliha berharap peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat, terutama golongan berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8 peratus daraipada rakyat Malaysia sudah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus mengambil vaksin dos penggalak kedua.

Sementara itu, KKM katanya bersedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.

Ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.

Beliau berkata dengan pelanjutan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan, susulan lonjakan semula kes wabak itu di China.

Menurutnya KKM memandang serius kebimbangan rakyat berhubung kenaikan kes COVID-19 di China serta sekatan yang dibuat beberapa negara lain terhadap pengembara dari negara republik berkenaan, dan perkara itu adalah keutamaan KKM ketika ini.

“KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes wabak itu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan