Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto fail TVS.

NGO sambut baik penubuhan jabatan khas kanak-kanak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Badan bukan kerajaan, The Child Advocates and Civil Society Organisations menyambut baik keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bagi menubuhkan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.

Pertubuhan itu dalam kenyataan hari ini menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan dalam inisiatif untuk memajukan kebaikan kanak-kanak di negara ini.

“Semoga harapan kerajaan baharu ini berkembang pada tahun ini dan semua kanak-kanak mengalami perubahan bermakna dan berkekalan yang meningkatkan pencapaian mereka. Seperti yang terkandung dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), dalam semua tindakan mengenai kanak-kanak, kepentingan terbaik kanak-kanak hendaklah menjadi pertimbangan utama,” menurut kenyataan itu.

Pertubuhan itu juga berkata adalah penting penyertaan kanak-kanak dalam organisasi, serta wakil dari pelbagai komuniti termasuk mereka yang terpinggir dan kurang upaya, diinstitusikan.

“Tenaga kerja yang berdedikasi, bertanggungjawab dan kompeten, mungkin beberapa petugas yang diambil dari agensi lain dan belanjawan yang bermakna adalah kritikal kepada pelaksanaan fungsi. Entiti baharu itu perlu menyemak reservasi Malaysia kepada CRC dan menyelaraskan perundangan dan dasar negara dengan Akta Kanak-Kanak dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan 54 penandatangan pertubuhan itu menyokong penggunaan pendekatan yang saksama dan berasaskan hak serta pembentukan kementerian yang berfokuskan kanak-kanak.

Bernama sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan