Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Nyelong By Pass Sarikei. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Pemandu maut, pikap terbabas ke dalam parit

SARIKEI, 2 Jan: Seorang lelaki maut selepas pikap dipandunya merempuh tiang elektrik dan terbabas ke dalam parit di Jalan Nyelong By-Pass di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata mangsa dikenali sebagai Lau Chung berumur 49 tahun.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi, katanya menerusi satu kenyataan.

Pasukan bomba mengambil masa hampir masa sejam untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan