KUCHING, 31 Dis: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Durian Burung, di sini, pada awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 2.58 pagi berhubung kejadian tersebut.
“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang melanggar pokok di Jalan Durian Burung, Kuching,
“Mangsa berusia 20 tahun, Thien Cheng Yao, ditemui di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan kaki tersepit dan tidak sedar,” katanya.
Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis di lokasi untuk tindakan lanjut.
Kenderaan terbabit membawa tiga orang ketika kemalangan itu terjadi, sementara dua daripada mereka telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa oleh ambulans ke hospital. – TVS