Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan jalan raya di sekitar pekan Lawas. Foto: TVS.

Lanjutan operasi pos sempadan Lawas dipertimbang, atasi kesesakan lalu lintas

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Dis: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lawas sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan masa operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap dan IQS Merapok Lawas berikutan kesesakan lalu lintas yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata pelaksanaan itu turut mengambil kira persetujuan bersama dengan Imigresen Brunei Darussalam dari semasa ke semasa.

“Pada ketika ini, data statistik pemeriksaan di ICQS Mengkalap dan IQS Merapok telah menunjukkan peningkatan drastik pergerakan orang awam sejak bermulanya musim percutian sekolah, cuti perayaan dan cuti sambutan tahun baru.

“ICQS Mengkalap telah mencatatkan data purata statistik harian sebelum musim cuti seramai 1,850 orang dan 9,705 orang sehari di musim percutian,

“Manakala di IQS Merapok mencatatkan data purata harian pemeriksaan seramai 1,987 orang sebelum musim percutian dan 9,808 orang semasa musim percutian pada tahun 2022 ini,” kata Dr Jerip Susil.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya lagi pihak pengurusan Imigresen Lawas telah mengambil langkah bagi melancarkan aliran trafik semasa di pos kawasan tersebut.

“JIM akan membuka semua kaunter pemeriksaan keluar dan pemeriksaan masuk dengan kekuatan jumlah pegawai yang mencukupi.” ujarnya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu berkata pengurusan Imigresen Lawas tidak dapat menafikan kemelut yang dihadapi masyarakat setempat walaupun perancangan yang rapi telah disediakan.

“Kesesakan yang berlaku melebihi kemampuan atau kapasiti keupayaan operasi bangunan ICQS sedia ada di sebabkan jumlah kedatangan pelawat khususnya dari Negara Brunei Darussalam yang amat luar biasa,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan