Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sampel ujian COVID-19. Foto: Envato.

Sabah wajibkan ujian COVID-19 untuk pengembara dari China, mulai Ahad ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 31 Dis: Semua pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah itu berkata semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan masuk ke negeri itu.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. COVID-19: KKM pertingkat kesiapsiagaan susulan peningkatan kes di China – Dr Noor Hisham
  2. 2. Jepun bakal wajibkan ujian saringan COVID-19 untuk ketibaan dari China
  3. 3. Industri pelancongan bersiap sedia terima pelancong dari China
  4. 4. COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
  5. 5. COVID-19: Sampel air kumbahan pesawat penumpang dari China diuji

“Keputusan ini telah dibuat Kerajaan Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 15 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Jumaat iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan