Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi.

Kenaikan cukai tanah di Sarawak tidak lebih 100 peratus

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 30 Dis: Kenaikan kadar cukai tanah baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 tidak melebihi 100 peratus daripada kadar cukai lama.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi yang berkata demikian, menafikan kenaikan 400 hingga 700 peratus seperti dilaporkan oleh media tertentu.

“Dakwaan dan pengiraan yang mengatakan kenaikan kadar cukai tanah baharu kepada 400 sehingga 700 peratus itu adalah tidak tepat dan mengelirukan.

“Malahan semakan cukai tanah itu juga ada melibatkan pengurangan kadar cukai tanah antara tujuh sehingga 20 peratus bagi beberapa kegunaan tanah tertentu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Perbandingan peratusan kadar cukai tanah lama dan kadar cukai tanah baharu adalah seperti berikut:

Sumber: Jabatan Tanah dan Survei
Sumber: Jabatan Tanah dan Survei
Sumber: Jabatan Tanah dan Survei

Menurut Abdullah lagi, kadar baharu ini secara relatifnya masih antara yang terendah di Malaysia dengan merujuk kepada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, George Town dan Johor Bahru. 

Sebagai contoh kadar cukai tanah kegunaan komersial di bandar-bandar tersebut adalah seperti jadual di bawah:

Sumber: Jabatan Tanah dan Survei

Abdullah berkata lagi, kenaikan ini juga hanya melibatkan lapan peratus atau 59,710 daripada keseluruhan tanah berdaftar di Sarawak yang keseluruhannya berjumlah 734,388 yang melibatkan tanah kegunaan komersial, industri, pejabat, rekreasi.

Sembilan puluh dua (92) peratus atau 674,678 lagi tanah yang dimiliki oleh rakyat, kekal tidak dikenakan cukai tanah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan